Sejajar dengan perkembangan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam di peringkat antarabangsa dan tempatan, Takaful IKHLAS telah memilih kontrak Wakalah sebagai model dalam membentuk asas operasi kami. Wakalah adalah satu bentuk perhubungan perwakilan di antara Takaful IKHLAS dan seseorang peserta (Prinsipal/Pelanggan).
Takaful IKHLAS menggunakan kontrak berikut sebagai garis panduan perniagaan kami:
Kontrak Tabarru’ di mana peserta bersetuju mendermakan peratusan yang telah ditentukan daripada sumbangan kepada Dana Risiko untuk membantu peserta lain.
Kontrak Wakalah di mana peserta membenarkan Takaful IKHLAS untuk menguruskan hal ehwal dana bagi pihak beliau.
Model Takaful IKHLAS membolehkan penggunaan perantara sebagai satu kaedah untuk memenuhi keperluan pelanggan, pembayaran lebihan dan keuntungan dengan lebih baik, di mana sesuai, kepada para peserta dan pengiraan keuntungan yang dikongsi secara bulanan.
Nota:
Bagi GRIA, sebahagian daripada sumbangan dalam akaun pelaburan akan diperuntukkan untuk Tabarru’ semasa permulaan sijil yang akan diagihkan kepada Dana Risiko (RF). Sebarang pendapatan pelaburan yang diperolehi daripada jumlah di dalam akaun pelaburan akan diperuntukkan kepada Dana Risiko (RF). Dari sudut ini, IKHLAS tidak akan mengenakan Yuran Pengurusan Dana (%). Pengagihan lebihan bersih akan diperuntukkan dan diuruskan secara tahunan.
-------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualikum
Sebagai mewakili diri serta membawa produk takaful yang terbaik di Malaysia saya merasa terpanggil untuk mengajak tuan puan serta seluruh warga Malaysia memilih serta menyertai takaful. Selain melindungi pendapatan kita jika berlaku musibah, perjuangan untuk meningkatkan ekonomi serta kewangan islam atau muamalat islam dapat dikongsikan bersama.
Jadikan satu kehidupanm lebih baik, lebih sempurna dan lebih terjamin dengan menyertai skim/plan takaful yang direka khas oleh pakar-pakar takaful. 1 rakyat Malaysia 1 plan/skim simpanan takaful. Sertailah sekarang...
Untuk mendapatkan keterangan lanjut sila hubungi kami di talian 09-536 2406 atau 019-9836824 atau pertanyaan email:agensijasmina@yahoo.com
'Pilihlah takaful untuk pilihan yang bijak. Sertailah takaful untuk keputusan yang bijak.'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan