Ahad, 21 Februari 2010

KEPENTINGAN DAN KEPERLUAN TAKAFUL

Tidak dinafikan bahawa setiap makhluk ciptaan Allah S.W.T dimuka bumi ini sentiasa diberikan ujian dan dugaan.

Cabaran dan rintangan merupakan lumrah kehidupan. Perancangan serta strategi yang terbaik adalah jalan penyelesaian setiap permasalahan yang akan ditempuhi.Pepatah orang tua-tua dahulu jangan di ambil mudah. Manakala setiap catatan sejarah jangan dilupakan serta haruslah dijadikan pengajaran dan ukuran baik dan buruk.

Amat cantik dan menarik jika dikaitkan dengan pepatah atau peribahasa ini, 'sediakan payung sebelum hujan.' Ringkas dan jelas. Mudah difahami oleh semua lapisan generasi. Oleh yang demikian, apakah perancangan kita untuk masa hadapan yang tidak ada ketentuan ini.

Semua soal hidup dan mati urusan Allah S.W.T. Tetapi kita telah dibekalkan Al-Quran sebagai panduan hidup. Bila-bila masa sahaja hujan akan menimpa kita.'Sediakan payung sebelum hujan.

Aktiviti harian kita melibatkan risiko. Macam mana kita untuk merancang menangani serta meringgankan kesan beban risiko yang tidah diketahui ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan